Tuesday, February 14, 2012

Sudah lama berlalu...


Tiba-tiba masuk emel ke city_gurau tentang blog yang telah hampir-hampir karam dilautan. Terima kasih kerana memberitahu saya tentang 'link' alamat blog sy kerana sy telahpun lupa sbnrnya.

Cuba untuk berpaut semula pada Coret Coretan ini. Sekian bertemu semula.


Thursday, March 31, 2011

Impian

Baru jap tadi aku bc blog wife lecturer aku, ada satu topik pasal keberkatan masa belajar.

Contohnya ikhlas ke kita belajar dulu, hanya semata-mata nak capai result cemerlang, riak, menunjuk-nunjuk, nk bodek lecturer dan sebagainya. Pinjam assignment kawan jadikan assignment kita. Meniru masa exam atau quiz. Semua itu akan memberi impak pada kita kelak.

Dan secara tiba-tiba aku rasa perlu membuat check and balance dengan diri sediri. Muhasabah semula sekiranya pernah ada unsur -unsur dan contoh-contoh seperti diatas dengan apa yang berlaku......hari ini....

Semoga diampunkan dosa-dosa samada yang sengaja atau tidak, yang nyata atau tersembunyi. Mohon ada hikmah disebalik semua ini....

Redha, sabar dan ikhlas.....