Thursday, March 31, 2011

Impian

Baru jap tadi aku bc blog wife lecturer aku, ada satu topik pasal keberkatan masa belajar.

Contohnya ikhlas ke kita belajar dulu, hanya semata-mata nak capai result cemerlang, riak, menunjuk-nunjuk, nk bodek lecturer dan sebagainya. Pinjam assignment kawan jadikan assignment kita. Meniru masa exam atau quiz. Semua itu akan memberi impak pada kita kelak.

Dan secara tiba-tiba aku rasa perlu membuat check and balance dengan diri sediri. Muhasabah semula sekiranya pernah ada unsur -unsur dan contoh-contoh seperti diatas dengan apa yang berlaku......hari ini....

Semoga diampunkan dosa-dosa samada yang sengaja atau tidak, yang nyata atau tersembunyi. Mohon ada hikmah disebalik semua ini....

Redha, sabar dan ikhlas.....